Menyelami Kejayaan Bersama Tokoh Inspirasi: Eoon Shuhaini
DOI:
https://doi.org/10.64382/j4twgm62Keywords:
eoon shuhaini, pengarah filem, drama, dunia seni, inspirasiAbstract
Kajian ini adalah berdasarkan kepada temu bual yang dibuat bersama pengarah television yang terkenal di Malaysia iaitu Eoon Shuhaini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengupas latar belakang beliau dalam dunia seni sebagai pengarah dengan lebih terperinci. Temu bual dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet yang mengambil masa selama 3 jam pada 9 Julai 2022. Penglibatan beliau dalam industri seni bermula sebagai krew produksi di bawah naungan HVD Entertainment pada tahun 1995 sehingga tahun 1997. Beliau kemudian meneruskan kerjaya sebagai krew produksi (pengarah seni dan kesinambungan) secara bebas dari tahun 1998 sehingga tahun 2010. Beliau telah mengorak Langkah dalam bidang seni sebagai pembantu pengarah secara bebas dan telah menghasilkan beberapa drama terkenal. Akhir sekali pada tahun 2010 sehingga kini beliau telah berjaya merangkul posisi sebagai pengarah terkenal. Kajian ini juga menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau dalam bidang seni dan pencapaian yang telah dirangkul oleh beliau seperti Anugerah Rating Tertinggi untuk beberapa drama seperti ‘Love You Mr Arrogant’, ‘Pujaan Hati Kanda’ dan lain-lain. Melalui sesi temu bual ini, pelbagai maklumat dapat dikumpulkan berkaitan kehidupan beliau sebagai anak seni, dan pencapaian bagaimana beliau sebagai salah seorang pengarah yang terkenal sehinggalah ke hari ini. Informasi hasil daripada temu bual ini boleh dijadikan iktibar kepada generasi muda yang ingin mengasah bakat di dalam industri seni pada masa kini.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurul Alis Raman @ Sharif, Mariah Asyikin Abd Rahman, Noor Arina Md Arifin, Fatin Nur Zulkipli

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.