Seni Arca Kontemporari sebagai Medium Warisan Budaya: Kajian terhadap Raja Shahriman bin Raja Aziddin

Authors

  • Nur Azrin Asyiqin Mohd Sedi
  • Nurul Muniroh Muhamad
  • Fatin Nur Zulkipli
  • Siti Aishah Mokhtar

Keywords:

Seni, Tokoh, Arca, Arca besi, Pengarca

Abstract

Artikel ini berasaskan dapatan kajian penulis terhadap seorang tokoh sejarah lisan yang dijalankan bersama Encik Raja Shahriman bin Raja Aziddin, seorang pengarca tersohor di Malaysia. Artikel ini menyingkap pengalaman beliau dalam menghasilkan arca besi dengan menggunakan kudrat sendiri dengan penuh ketekunan. Raja Shahriman dilahirkan pada tahun 1967 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan graduan Seni Halus dari Sekolah Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1990 dengan pengkhususan dalam bidang arca. Sebagai seorang pengarca yang prolifik, beliau komited meneroka penggunaan bahan besi melalui idea-idea baharu yang menyumbang kepada perkembangan seni kontemporari. Kajian ini bertujuan mempelajari pengalaman serta rahsia kejayaan Raja Shahriman bin Raja Aziddin dalam bidang seni arca dan kehidupan sebagai seorang pengarca. Tokoh ini dipilih kerana pendekatan unik beliau dalam menghasilkan arca besi dengan menggunakan gabungan kaedah tradisional dan moden. Kebanyakan karya beliau dihasilkan dengan kreativiti sendiri, di samping memanfaatkan penggunaan teknologi moden. Daripada kajian yang telah dibuat, dapat dirumuskan bahawa Raja Shahriman dapat dirumuskan sebagai seorang seniman tulen yang bukan sahaja menguasai bahan besi, tetapi juga berjaya mengangkat seni arca sebagai bahasa ekspresi yang bermakna dan beridentiti tinggi dalam seni kontemporari Malaysia.

Downloads

Published

2026-05-19

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4