Kisah Teladan Seorang Legenda: Ebby Saifullah Ali.
DOI:
https://doi.org/10.64382/k3cn4s49Keywords:
pelakon, pemuzik, industri seni, komposer, sejarah lisanAbstract
Temubual ini dilakukan bersama Encik Ebby Saifullah Ali untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai salah satu anak seni di Malaysia. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 19.05.2022 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Encik Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular pada era 1980an. Beliau lahir dalam keluarga yang berdarah seni dan merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem. Beliau memulakan kariernya sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968 dan pernah menubuhkan kumpulan The Beez pada usia 19 tahun dan banyak mencipta lagu untuk filem dan drama. Beliau menjinakkan diri dalam bidang pengarahan sebagai penolong pengarah bagi Sumpahan Mahsuri pada tahun 1989. Pelbagai ujian dan cabaran telah dilalui oleh Encik Ebby Saiful sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni di Malaysia. Sejarah kehidupan, kerjaya dan pencapaian beliau dapat dijadikan sumber inspirasi terutama kepada anak muda yang ingin menjejakkan kaki di dalam bidang seni sepertinya.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Fahmi Azlizam, Nurul Syazwani Sohaimi, Siti Aishah Mokhtar, Noor Arina Md Arifin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.