Nazir dan Amanah: Menelusuri Sumbangan Tuan Haji Zawawi bin Temyati dalam Pentadbiran Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang
Keywords:
Nazir Masjid, Masjid Asy-Syarif, sejarah lisan, pengurusan masjid, pembangunan komunitiAbstract
Makalah ini membincangkan penyelidikan sejarah lisan berkaitan sumbangan Tuan Haji Zawawi bin Temyati sebagai Nazir di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang, kerana peranan tokoh pentadbiran masjid sering tidak diberi perhatian dalam penulisan sejarah formal. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui kaedah temubual bersemuka bagi mendapatkan maklumat mendalam mengenai latar belakang, perjalanan kerjaya serta sumbangan beliau dalam pentadbiran masjid. Objektif kajian ialah mengenal pasti latar belakang kehidupan, mendokumentasikan pengalaman berkhidmat, serta mengkaji cabaran dan sumbangan beliau kepada masjid dan masyarakat. Hasil kajian mendapati pengurusan masjid merangkumi aspek pentadbiran, kewangan, kebajikan, pendidikan agama dan pembangunan komuniti, di samping penekanan terhadap penggunaan teknologi dalam pengurusan masjid. Kajian ini mencadangkan agar nilai amanah dan semangat berkhidmat tokoh ini dijadikan teladan generasi akan datang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Afi Haziq Faudzi, Aiman Hakimi Saharudin, Jafalizan Md Jali, Zairul Masron

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
