Bola Sepak sebagai Nadi Perpaduan: Menyingkap Legasi dan Prestasi Malaysia
Keywords:
Bola sepak, pemain, latar belakang, perpaduan, prestasiAbstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Tuan Haji Mohd Reduan Bin Haji Abdullah mengenai sejarah kehidupan beliau sepanjang perjalanan sebagai seorang pemain bola sepak negara dan pendapat beliau mengenai langkah bagi meningkatkan prestasi bola sepak negara serta peranan sukan ini dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat. Temubual ini dijalankan di ruang tamu rumah beliau yang terletak di Taman Desa Keramat, 54200 Ampang, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 16 Jun 2026, bermula jam 10 pagi. Beliau merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang terkenal pada era 1970-an dan 1980-an. Beliau bermain sebagai pemain tengah bagi pasukan Selangor dan turut mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa. Kandungan transkrip ini turut merangkumi latar belakang, perjuangan, pengalaman dan sumbangan beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai pemain bola sepak negara. Selain itu, di dalam transkrip ini juga turut menyentuh berkenaan dengan pendapat beliau mengenai prestasi terkini bola sepak Malaysia dan pendapat yang dikemukakan dari perspektif beliau dari segi langkah yang sesuai bagi meningkatkan prestasi bola sepak. Di dalam transkrip ini juga turut membincangkan peranan bola sepak dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nik Nabihah Adriana Nik Husni, Muhammad Aidiel Zafry Zulkarnain, Ap-Azli Bunawan, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
