Seni Halus: Merakam Kehidupan, Membentuk Warisan
Keywords:
pelukis, pendidik, pengkarya, seni halus, warisan seniAbstract
Artikel ini membincangkan hasil projek sejarah lisan bersama Profesor Madya Dr Jalaini Abu Hassan, seorang pengkarya seni halus dan pendidik di Malaysia. Kaedah temu bual digunakan bagi merakam pengalaman dan pandangan beliau adalah secara langsung sebagai sumber primer. Temu bual merangkumi latar belakang kehidupan, perjalanan beliau dalam menjadi seorang pelukis dan menceburi bidang seni, pengalaman sebagai pelukis dan pendidik, pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam penghasilan karya, serta sumbangan beliau dalam bidang seni halus Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman hidup, budaya, dan persekitaran banyak mempengaruhi perjalanan serta proses kreatif beliau. Selain menghasilkan karya, peranan beliau sebagai pendidik turut membantu membantu menyampaikan ilmu seni kepada generasi baharu. Melalui projek sejarah lisan ini, pengalaman dan pengetahuan beliau dapat direkod dan didokumentasikan sebagai sumber rujukan serta dapat membantu generasi akan datang dalam memelihara warisan seni halus tempatan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nur Shafieqah Sophian, Nur Amna Amani Zainol Fitri, Jannatul Iza Ahmad Kamal, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
