Sayup Gema Warisan: Kereta Lembu Melaka Antara Dilupakan atau Dipelihara

Authors

  • Maryam Kalid
  • Noor Waheedah Mohamad Noor
  • Mohd Shamsul Mohd Shoid
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

warisan, kereta lembu, sejarah lisan,, pelancongan, Melaka

Abstract

Kajian ini bertujuan mendokumentasi sejarah warisan Melaka yang semakin terpinggir akibat perkembangan teknologi pengangkutan di Malaysia. Kereta lembu adalah warisan yang digunakan untuk mengangkut barang, hasil tanaman serta hasil pertanian. Kini, kereta lembu merupakan warisan yang pernah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di Melaka. Walaupun warisan ini dikenali oleh masyarakat, kajian berkaitan kereta lembu masih kurang berbanding dengan kajian terhadap warisan lain yang terdapat di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan warisan kereta lembu yang dirakamkan melalui sejarah lisan atau transkripsi. Kaedah sejarah lisan membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih serta dapat menyumbang sumber rujukan pada masa hadapan. Ia dijalankan dengan mengadakan satu temubual bersama pengusaha kereta lembu, iaitu Encik Samsudin bin Haji Abdul sebagai peneraju perusahaan milik keluarga beliau selama lima generasi. Kajian ini mendapati persaingan dengan kenderaan moden serta kurangnya minat generasi muda terhadap kereta lembu mengancam kelangsungan warisan ini. Beliau bukan sahaja berusaha mengekalkan keaslian kereta lembu, malah pernah memperkenalkannya sebagai produk pelancongan berasaskan warisan. Kajian ini menekankan kepentingan dokumentasi kemahiran tradisional sebagai usaha pemuliharaan agar kemahiran tersebut tidak lenyap ditelan zaman. Dengan inisiatif dan sokongan kerajaan serta masyarakat yang konsisten, kereta lembu berpotensi menjadi satu lagi ikon pelancongan yang membanggakan, sekali gus dapat memelihara warisan Melaka.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 6 7 > >>