Pemuliharaan Warisan Keris Tradisional Melayu dalam Memastikan Kelestarian Warisan Budaya.

Authors

  • Balqis Salsabila Norazali
  • Nurin Dhaniyah Basri
  • Jafalizan bin Md Jali

Keywords:

Pemuliharaan warisan, keris tradisional Melayu, warisan budaya, sejarah lisan, kelestarian warisan

Abstract

Warisan keris tradisional Melayu merupakan khazanah budaya yang mempunyai nilai sejarah, identiti dan falsafah yang tinggi. Namun demikian, perubahan gaya hidup masyarakat, kekurangan dokumentasi serta semakin berkurangnya minat generasi muda telah memberi cabaran kepada usaha pemuliharaan warisan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji amalan pemuliharaan warisan keris tradisional Melayu dalam memastikan kelestarian warisan budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan dengan temu bual secara bersemuka bersama Encik Mohd Sufi bin Yahya sebagai informan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemuliharaan keris bukan sahaja melibatkan aspek penjagaan, penyimpanan dan penyelenggaraan fizikal, malah merangkumi usaha pendokumentasian, pendidikan serta perkongsian ilmu kepada masyarakat. Kajian ini turut mendapati bahawa penglibatan penggiat warisan memainkan peranan penting dalam memastikan pengetahuan dan amalan berkaitan keris terus dipelihara. Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh pemuliharaan warisan keris tradisional Melayu sebagai warisan budaya untuk generasi akan datang.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>