Evolusi Institusi Masjid di Pekan Meru: Kajian Sejarah Lisan Terhadap Pembangunan Fizikal, Socio-Ekonomi, dan Kebajikan Masjid Asy-Syarif.

Authors

  • Nur Syaza Sofiya Shahirunaduan
  • Nur Syazana Izzati Mat Roze
  • Saiful Farik Mat Yatin
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

ssejarah lisan, Masjid Asy-Syarif, Pekan Meru, institusi masjid, pembangunan komuniti, kebajikan, warisan tempatan

Abstract

Kajian ini mendokumentasikan evolusi Masjid Asy-Syarif di Pekan Meru, Klang, Selangor dari sudut sejarah penubuhan, transformasi fizikal, fungsi sosioekonomi dan peranan kebajikan. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan sejarah lisan melalui temu bual dengan dua informan yang mempunyai pengalaman langsung dalam pentadbiran dan aktiviti masjid, iaitu seorang tokoh veteran pengurusan kebajikan wanita dan Nazir Masjid Asy-Syarif. Sesi temu bual berasaskan sejarah lisan ini telah dilaksanakan melalui dua sesi berasingan bersama informan kajian. Sesi pertama melibatkan tokoh veteran pengurusan kebajikan wanita pada 23 Jun 2026 berdurasi 1 jam 30 minit, manakala sesi kedua dijalankan bersama Nazir Masjid Asy-Syarif yang dijalankan pada 3 Julai 2026 selama kira-kira 1 jam. Bagi memastikan etika penyelidikan dipelihara, protokol persetujuan termaklum telah dimeterai bersama kedua-dua informan sebelum sesi bermula. Data temu bual ditriangulasikan dengan dokumen pentadbiran serta pemerhatian tapak, kemudian dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa perkembangan masjid berlaku seiring pertumbuhan komuniti Meru: daripada struktur kayu berskala kecil kepada kompleks masjid moden yang berfungsi sebagai pusat ibadah, pendidikan, kebajikan dan pengurusan komuniti. Bangunan lama pula tidak semata-mata dilupuskan, sebaliknya dialih fungsi untuk kegunaan komuniti. Kajian turut mengenal pasti amalan kebajikan yang melibatkan 20 buah surau kariah, anak yatim dan saudara baharu, di samping pengurusan kewangan serta projek penambahbaikan fasiliti yang dibiayai melalui sumbangan masyarakat dan geran. Kajian ini menunjukkan bahawa sejarah lisan berupaya melengkapkan kelompangan rekod bertulis dan memelihara memori institusi masjid pada peringkat tempatan. Dokumentasi sedemikian penting bukan sahaja untuk pemeliharaan warisan, malah sebagai rujukan kepada pengurusan masjid dalam merancang pembangunan yang responsif terhadap keperluan komuniti.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 6 7 > >>