Peranan Tuan Eyo Hock Seng dalam Pengembangan Seni Wayang Kulit.
Keywords:
Wayang kulit, Tuan Eyo Hock Seng, Pak Chu, Tok Dalang, Wayang Kulit Kelantan, warisan budayaAbstract
Kajian ini dijalankan bagi menyelami kisah Tuan Eyo Hock Seng sebagai penggiat seni warisan wayang kulit di Kelantan. Beliau merupakan satu-satunya tokoh penggiat seni wayang kulit daripada kaum cina yang aktif di Kelantan. Objektif kajian adalah untuk mengupas asal usul Tuan Eyo Hock Seng, meneliti penglibatan awal beliau dalam seni wayang kulit serta mengenal pasti pencapaian beliau dalam usaha memartabatkan seni tradisional tersebut. Kajian ini dihasilkan kerana kurang pendedahan terhadap ketokohan tok dalang daripada kajian-kajian lepas. Kebanyakkan penyelidik lebih beminat untuk mengkaji berkenaan seni wayang kulit sahaja. Selain itu, perkembangan hiburan moden dan kurangnya penglibatan generasi muda menjadikan seni wayang kulit semakin dilupakan dan berdepan risiko kepupusan.Oleh itu, usaha untuk mendokumentasikan pengalaman dan sumbangan tokoh-tokoh wayang kulit amat penting bagi memastikan warisan budaya ini terus dipelihara. Penyelidik telah menggunakan kaedah temubual secara lisan bersama Tuan Eyo Hock Seng bagi mencapai objektif kajian ini dan semua maklumat yang diperolehi merupakan hasil daripada temubual tersebut. Selain itu, penyelidik turut menggunakan kaedah rujukan bahan bertulis seperti jurnal, artikel dan sumber ilmiah yang berkaitan bagi menyokong maklumat kajian. Hasil kajian mendapati bahawa Tuan Eyo Hock Seng memainkan peranan penting dalam mengembangkan seni warisan wayang kulit kepada masyarakat melalui penglibatan aktif beliau dalam persembahan sehingga tertubuhnya Muzium Seni Warisan Tok Dalang Pak Chu di Kelantan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Batrisyia Aqilah Azhami, Nur Najwa Izzaty Nasir, Noor Arina Md Arifin, Noor Rahmawati Alias

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
