Legasi Terakhir Seramik Atap Singgora Adiguru Kraftangan Kelantan, Noraini Jusoh

Authors

  • Syahida Fara Najwa Sulaimi
  • Nornadia Faqiani Mat Jaeh
  • Nurulannisa Abdullah
  • Noor Arina Md Arifin

Keywords:

Kraf hasil tanah, atap singgora, temubual, Puan Noraini binti Jusoh, Kelantan

Abstract

Transkrip ini mengandungi hasil temubual bersama Puan Noraini binti Jusoh yang merupakan Adiguru Kraftangan dari negeri Kelantan. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kraf hasil tanah iaitu pembuatan seramik atap singgora. Temubual ini diadakan secara bersemuka oleh penyelidik bersama tokoh di bengkel pembuatan seramik atap singgora yang terletak di Kampung Pengkalan Baru, Bachok, Kelantan. Temubual ini mengandungi latar belakang, kerjaya awal dan terkini tokoh serta membincangkan topik berkaitan atap singgora. Atap yang berasal daripada Thailand ini diperbuat daripada tanah liat dan kemudian teknik pembuatannya telah tersebar ke Kelantan dan Terengganu. Atap singgora ini mendapat sambutan penduduk setempat sehingga kini terutamanya di kalangan pengusaha-pengusaha resort. Reka bentuknya yang menarik dan ringan serta kelebihan atap singgora ini yang mampu menyerap air dan juga kalis bunyi semasa hujan menjadi salah satu sebab mengapa ianya unik berbanding atap lain. Sehingga kini, perusahaan atap singgora Kampung Pengkalan Baru merupakan satu-satunya yang masih terdapat di Malaysia. Oleh itu, transkrip ini bertujuan untuk memulihara pengalaman dan pengetahuan beliau tentang atap singgora yang telah dikongsikan.

Downloads

Published

2026-05-19

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4