Profesionalisme Seniman yang Berkarisma: Rahim Omar

Authors

  • Ku Nurfadhlin Ku Amirudin
  • Aisyah Afiqah Mustaffa
  • Siti Aishah Mokhtar
  • Fatin Nur Zulkipli

DOI:

https://doi.org/10.64382/sness190

Keywords:

Rahim omar, Industri Seni Hiburan, Drama, Pelakon Malaysia, dokumentasi artis tempatan, Anugerah Skrin TV3

Abstract

Artikel ini bertujuan meneliti perjalanan kerjaya dan pencapaian Rahim bin Omar, seorang pelakon Malaysia yang masih aktif dalam industri hiburan. Masalah penyelidikan fokus kepada kurangnya dokumentasi akademik berkaitan sumbangan artis tempatan dalam bidang seni persembahan, khususnya pelakon yang berperanan penting tetapi kurang diberikan perhatian dalam wacana ilmiah. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah kualitatif dengan temu bual berstruktur bersama Rahim bin Omar. Kajian ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 7 Julai 2022, dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Hasil temu bual menunjukkan bahawa Rahim telah memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 1993 dan kekal aktif sehingga kini. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah membintangi pelbagai drama dan filem, di samping menerima pengiktirafan melalui pencalonan Anugerah Skrin TV3 (ASK) 2017 dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama/Telefilem menerusi karya Kapcai Ayah. Walaupun anugerah tersebut dimenangi oleh Remy Ishak, pencalonan itu membuktikan keberadaan Rahim sebagai pelakon berbakat yang diiktiraf industri. Selain itu, dapatan turut menunjukkan filem pertama beliau ialah Mat Desa, yang menjadi titik tolak kepada perjalanan kariernya dalam dunia lakonan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa Rahim bin Omar bukan sahaja berjaya mengekalkan kesinambungan dalam kerjaya seni lebih daripada dua dekad, tetapi juga menyumbang kepada kepelbagaian watak dan naratif dalam industri hiburan Malaysia. Penyelidikan ini menegaskan kepentingan mendokumentasikan pengalaman artis tempatan sebagai sebahagian daripada khazanah seni dan sejarah budaya negara.

Downloads

Published

2025-10-08

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3