Di Sebalik Kilau Pingat: Menyingkap Jerih Perih Perjalanan Pelapis Boling Negara.
Keywords:
sejarah lisan, atlet negara, kecederaan sukan, identiti atlet, Shalin Zulkifli, tenpin bowlingAbstract
Kaedah sejarah lisan ini meneliti perjalanan kerjaya Puteri Nurul Dini binti Mohd Faudzi, seorang bekas atlet tenpin boling negara yang mewakili Malaysia dari tahun 2018 hingga 2025. Liputan media arus perdana mengenai atlet ini secara umumnya tertumpu kepada keputusan pertandingan dan pengumuman rasmi kejohanan boling, sementara pengalaman peribadi di sebalik pencapaian yang telah dicapai seperti cabaran kecederaan, tekanan untuk mengekalkan gelaran kejuaraan serta sebagai pelapis muda, sokongan keluarga, dan keputusan terbesar untuk berhenti daripada arena boling masih kurang didokumentasikan secara mendalam. Kaedah sejarah lisan ini dijalankan melalui temu bual mendalam secara bersemuka bersama informan utama di kediaman beliau di Sungai Petani, Kedah, pada 23 Januari 2026. Data ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema-tema utama berkaitan latar belakang keluarga, permulaan penglibatan dalam sukan boling, pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sejarah kecederaan, gelaran sebagai pelapis kepada legenda boling negara Shalin Zulkifli, penamatan kontrak dengan Majlis Sukan Negara (MSN), serta transisi kerjaya selepas bersara daripada sukan. Hasil daripada kaedah sejarah lisan ini mendapati bahawa kejayaan Puteri Nurul Dini dibina melalui gabungan sokongan keluarga yang berterusan, disiplin latihan yang tinggi, dan ketabahan menghadapi kecederaan berulang, manakala keputusan untuk berhenti secara rasmi daripada arena boling sukan pada usia 26 tahun mencerminkan proses penerimaan diri yang matang terhadap had prestasi seseorang atlet. Penulisan ini menyumbang kepada pengisian jurang dokumentasi berkaitan pengalaman peribadi atlet wanita Malaysia serta memperkukuh kepentingan sejarah lisan sebagai instrumen pemeliharaan sejarah sukan negara.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Muhammad Adil Putera Mohd Faudzi, Faiq Farhan Bin Muhammad Nezry, Marlia Idrus, Jafalizan Md. Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
