Kepentingan Geo Strategi kepada Malaysia menurut pakar Prof Dr Azmi Hassan

Authors

Keywords:

geostrategi, vaksin, Covid-19, kerajaan malaysia, pakar geostrategi

Abstract

Temubual dilakukan bersama Prof Dr Azmi Bin Haji Hassan, seorang Pakar Geostrategi untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai seorang pensyarah, Pakar Geostrategi di Malaysia. Temubual ini dijalankan melalui platform atas talian iaitu Google Meet pada 20 Jun 2021 setelah mendapat persetujuan oleh beliau. Beliau merupakan seorang pensyarah yang berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak. Selain memberi ulasan di Utusan Malaysia untuk mengupas mengenai isu pertahanan, strategik dan geopolitik antarabangsa, beliau juga telah menulis lebih dari 600 artikel di lain-lain media massa. Tugas beliau bukan sahaja sebagai seorang pensyarah malah sebagai seorang pakar geostrategi dan penganalisis politik. Beliau sering dijemput oleh pihak siaran media seperti Astro Awani dan juga Media Prima TV3 untuk mengupas isu-isu semasa. Beliau telah dipanggil untuk mengulas isu mengenai isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Pandemik Covid-19 dan juga isu berkenaan vaksin Covid-19. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh beliau lebih-lebih lagi dalam dunia geo-strategik ini. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada semua orang.

Downloads

Published

2023-05-07

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3