Kepuasan Tertunda dan Pengaruh Rakan Sebaya dalam Konteks Sosial Murid- murid Tahap 1 dan Tahap 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Delayed Gratification and Peer Influence in the Social Context of Level 1 and Level 2 Chinese National Type School Students)

Authors

DOI:

https://doi.org/10.64382/mjii.v4i5.126

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh hubungan sosial dan perbezaan gender terhadap tingkah laku kepuasan tertunda dalam kalangan murid sekolah rendah. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan eksperimen kuasi dengan instrumen Snack Delay Task. Sampel terdiri daripada 60 murid sekolah rendah, merangkumi 32  murid Tahap 1 (7–9 tahun) dan 32 murid Tahap 2 (10–12 tahun), dipilih melalui kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul melalui pemerhatian sistematik dalam dua konteks sosial iaitu interaksi dengan 22rakan disukai dan interaksi dengan rakan tidak disukai. Data dianalisis menggunakan Min, Sisihan Piawai, Ujian-t (T-Test), dan Ujian Khi Kuasa Dua (Chi-Square). Keputusan ujian T-Test menunjukkan perbezaan signifikan dalam tingkah laku kepuasan tertunda antara murid Tahap 1 dan Tahap 2, serta antara konteks rakan disukai dan tidak disukai. Walau bagaimanapun, perbezaan berdasarkan gender tidak signifikan. Hasil ujian Chi-Square pula menunjukkan hubungan signifikan antara umur dan tingkah laku kepuasan tertunda, tetapi tiada hubungan signifikan antara gender dan tingkah laku kepuasan tertunda. Dapatan kajian ini menyokong Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Pembelajaran Sosial Bandura, yang menekankan perkembangan kognitif dan faktor sosial dalam kawalan kendiri. Kajian ini memberi sumbangan kepada perancangan intervensi sosial dan pendidikan untuk meningkatkan kawalan kendiri dalam kalangan kanak-kanak.

Downloads

Published

2025-07-02

Most read articles by the same author(s)