Emosi dan Faktor Mempengaruhi Murid Pemulihan Khas Sekolah Rendah

Authors

DOI:

https://doi.org/10.64382/mjii.v4i5.124

Abstract

Murid mengalami pelbagai jenis emosi sepanjang hari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan kekerapan emosi murid pemulihan khas serta meneroka faktor yang mempengaruhi emosi mereka. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Seramai enam orang murid pemulihan khas yang berumur 9 tahun telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data temu bual dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis emosi yang dialami oleh murid pemulihan khas ialah gembira, sedih, takut, kejut dan marah. Emosi gembira adalah emosi dominan dalam kalangan murid pemulihan khas. Kekerapan emosi gembira didapati paling tinggi antara jenis emosi yang dialami oleh murid pemulihan khas. Dapatan kajian ini menunjukkan murid pemulihan khas cenderung mengalami emosi gembira sepanjang hari di sekolah. Faktor yang mempengaruhi emosi murid pemulihan khas sekolah rendah ialah  faktor aktiviti pembelajaran, sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan keluarga. Kajian ini membawa implikasi kepada guru pemulihan khas agar lebih memahami emosi yang dialami oleh murid pemuihan seterusnya membantu guru merancang aktiviti yang mampu meningkatkan emosi gembira dalam kalangan murid pemulihan khas di sekolah.

Downloads

Published

2025-07-02

Most read articles by the same author(s)