Membangun Inovasi Smart Muamalat Audio Learning System Sebagai Medium Pembelajaran Istilah Muamalat

Authors

  • Nuurul 'Afiah Mamad Kolej Poly-Tech MARA Bangi
  • Izzaty Ulya Munirah binti Abd Aziz
  • Madihah binti Jamian
  • Nurul Asmat binti Omaran@Mohd Amran
  • Rosnizah binti Thani

Keywords:

Bahasa Arab, Muamalat, Perbankan Islam, Kewangan Islam, Pembelajaran Melalui Audio

Abstract

Bidang muamalat menggunakan pelbagai istilah bahasa Arab seperti Mudarabah dan Murabahah dalam kontrak urus niaga. Namun, masih ramai pihak terlibat menghadapi kesukaran untuk menyebut dan memahami konsep istilah tersebut dengan tepat. Kaedah pembelajaran melalui buku teks menjadikan proses pembelajaran kurang menarik. Sehubungan itu, inovasi Smart Muamalat Audio Learning System (SMALS) diperkenalkan sebagai satu medium pembelajaran yang lebih interaktif. Aplikasi ini menyediakan audio sebutan istilah muamalat yang betul beserta penerangan konsep yang ringkas. Melalui gabungan elemen audio dan penerangan ini, SMALS mampu membantu penggunanya membaiki sebutan istilah seterusnya melancarkan proses pembelajaran. SMALS berpotensi menjadi satu inovasi pendidikan yang relevan dalam menyokong penguasaan ilmu muamalat di Malaysia.

Downloads

Published

2026-06-28

Issue

Section

Virtual Innovation Competition